Bagaimana Benzac berfungsi

Kami rawat punca, bukan simptom

Kami ambil bahan utama – benzoyl peroxide (BPO) dan teknologi AC (acrylates copolymer; iaitu, butiran manik kecil yang menyerap minyak) untuk membentuk gabungan yang memerangi punca jerawat - bakteria.

Pada mulanya, bahan aktif benzoyl peroxide bertindak sebagai anti bakteria yang membunuh bakteria punca jerawat yang telah berganda. Ini akan kurangkan keradangan dan membuang sel kulit mati yang menyumbat liang pori-pori anda.

Kemudian pada masa yang sama, teknologi AC kami bertindak seperti span di kulit anda, memastikan semua minyak berlebihan diserap sepenuhnya. Selepas tu, gliserin melalui teknologi AC akan membantu mengurangkan kekeringan dan menghidrat kulit anda.

Benzac AC 2.5% Gel dan Benzac AC 5% Gel adalah produk rangkaian Benzac yang mengandungi BPO. Gel Benzac AC rawatan datang dengan 2 jenis: ringan (2.5%) dan sederhana (5%). Kami syorkan mula dengan gel rawatan yang ringan (2.5%) jika anda pertama kali menggunakannya.