Soalan Lazim

Berapa lama saya perlu tunggu untuk melihat hasil Benzac?

Semasa menyapu benzoil peroksida , ia akan terus merawat jerawat pada permukaan serta lapisan bawah kulit wajah anda. Disebabkan inilah anda memerlukan 8-12 minggu untuk melihat hasil menyeluruh Benzac pada akne anda. Mengelakkan kitaran tompok adalah satu komitmen. Disebabkan kesan benzoyl peroksida - akne pada kulit anda kadangkala akan kelihatan lebih teruk sebelum ia menjadi lebih baik - tetapi jangan berputus asa. Ini mungkin berlaku pada dua minggu pertama rawatan sahaja. Ingat - kulit anda menjadi teruk sebelum ia jadi lebih baik.

Bolehkah saya guna Benzac jika masalah akne saya teruk?

Produk Benzac berfungsi dengan baik pada akne yang ringan hingga sederhana. Bagi kes-kes akne yang teruk, ia mungkin memerlukan rawatan yang berbeza jadi sebaiknya dapatkan nasihat dari pihak penjagaan kesihatan profesional anda. Jika anda tidak pasti sama ada akne anda teruk atau tidak, artikel kami Akne dan Jerawat: Lihat Perbezaan ada menerangkan tentang jenis-jenis akne.

Bolehkah saya menggunakan Benzac jika saya tiada akne?

Ya, tentu sekali! Jika anda tiada akne, anda tetap boleh menggunakan pembersih, skrub dan pelembap kami. Produk ini tidak mempunyai bahan aktif yang khusus untuk merawat akne tahap ringan hingga sederhana, tetapi ia berkesan untuk mengekalkan kulit yang bersih dan terhidrat. Lihat rangkaian penuh produk penjagaan kulit kami untuk ketahui lebih lanjut.

Bolehkah saya membiarkan Benzac semalaman di wajah saya?

Ya, anda boleh! kami mengesyorkan Gel rawatan AC Benzac digunakan pada tiga hari pertama. Biarkan ia berada di kulit wajah anda selama beberapa jam sebelum mencucinya. Ini bagi memastikan agar kulit wajah anda dibiasakan dengan benzoil peroksida. Selepas tiga hari dan tiada lagi kemerahan, anda boleh mula menggunakan Benzac pada waktu petang dan biarkannya semalaman. Pastikan anda menggunakan pelembap untuk mengelakkan kulit kering selepas anda menggunakan produk rawatan. Untuk ketahui lebih lanjut tentang cara menggunakan gel rawatan AC Benzac kami, layari laman produk kami.

Bolehkah saya menggunakan Benzac untuk kulit sensitif?

Setiap orang berbeza dan begitu juga dengan kulit mereka. Sebelum mencuba produk baru, sebaiknya lakukan ujian tampalan dahulu. Kami mengesyorkan anda cuba sapukan sedikit pada bahagian belakang telinga anda. Dengan ini, anda akan mengetahui sama ada anda sensitif atau tidak terhadap produk dan bahan aktif yang terkandung dalam produk tersebut sebelum anda menggunakannya pada wajah anda. Jika anda mempunyai kulit yang sensitif, kami syorkan anda mendapatkan nasihat dari pihak profesional dalam penjagaan kesihatan anda terlebih dahulu.

Bolehkah saya menggunakan Benzac untuk kulit berminyak?

Ya, tentu sekali. Benzac sangat baik untuk kulit yang berminyak, lebih-lebih lagi jika produk rawatan ini diguna bersama Benzac Microbiome Equaliser karni. Teknologi unik kopolimer akrilat (AC) yang terdapat dalam gel rawatan Benzac berfungsi membersihkan lebihan minyak (sebum), dan pada masa yang sama memastikan benzoil peroksida tidak mengeringkan kulit anda.

Bolehkah saya menggunakan Benzac untuk kulit kering?

Ya, anda boleh. Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa benzoil peroksida boleh mengeringkan kulit anda secara semula jadi jadi kulit jenis kering menjadi lebih kering. Cara terbaik untuk menangani keadaan ini adalah dengan memastikan anda menyapu pelembap kulit setiap kali anda menggunakan produk rawatan. Penting untuk anda menggunakan pelembap yang tidak membuat liang pori anda tersumbat dan ia meningkatkan penghidratan kulit. Benzac Microbiome Equaliser Lotion kami ialah produk yang berkesan untuk membantu anda mengurangkan masalah kekeringan dan menghidratkan kulit anda.

Saya alergik kepada benzoil peroksida. Bolehkah saya menggunakan Benzac?

Semua produk rawatan dalam rangkaian Benzac kami mengandungi benzoil peroksida. Jika anda alah kepada benzoil peroksida, anda dinasihatkan tidak menggunakan produk rawatan Benzac. Namun, anda masih boleh mendapatkan manfaat daripada produk penjagaan lengkap kami. Untuk ketahui lebih lanjut, lihat rangkaian penuh produk penjagaan kulit kami. Kami mengesyorkan agar anda berjumpa dengan pakar dermatologi untuk mengetahui lebih lanjut.

Bolehkah Benzac menghilangkan bintik hitam?

Bahan aktif dalam Benzac ialah benzoil peroksida. Dalam sesetengah kes, jika andamenyapunya pada bahagian yang sama dalam jangka masa yang lama, ianya dapat menjadikan kulit lebih cerah. Fungsi Benzac bukanlah menghilangkan bintik-bintik hitam, jadi kami tidak mengesyorkan anda menggunakannya untuk tujuan menghilangkan bintik-bintik gelap.

Adakah Benzac diuji pada haiwan?

Kami berbangga untuk berkongsi dengan anda bahawa semua formulasi dalam Benzac tidak diuji ke atas haiwan. Walau bagaimanapun, penting untuk anda tahu bahawa bahan aktif yang terdapat dalam rangkaian Benzac AC, benzoil peroksida, telah digunakan secara meluas dalam industri farmaseutikal selama lebih 30 tahun. Ketika itu, ia adalah satu mandatori untuk menguji produk kesihatan manusia terhadap haiwan. Oleh itu, bahan aktif benzoil peroksida, telah pun diuji pada haiwan untuk memastikan ia selamat digunakan ke atas manusia.

Saya perlu guna gel akne 2.5% atau 5%?

Apabila menggunakan benzoil peroksida, kami mengesyorkan anda memulakan dengan formulasi 2.5% dahulu dan beralih secara berperingkat mengikut keperluan. Jangan mulakan pada formulasi 5%. Lihat rangkaian penuh pilihan peringkat kekuatan rawatan kami untuk mengetahui lebih lanjut.

Saya menggunakan Benzac dan kulit saya menjadi kering. Apa yang perlu saya lakukan?

Sedikit ketegangan dan kemerahan menunjukkan yang kulit anda sedang menyesuaikan diri dengan bahan aktif dalam Benzac. Ia merupakan perkara yang biasa terjadi dan mungkin memakan masa sehingga dua minggu. Jika anda mengalami kulit kering ketika menggunakan Benzac, pastikan anda menggunakan Benzac Microbiome Equaliser selepas menggunakan gel rawatan AC Benzac. Ini dapat membantu mengurangkan kulit kering akibat benzoil peroksida.

Apakah yang perlu dilakukan jika ada keradangan kulit selepas menggunakan Benzac?

Dengan sifat semula jadi benzoil peroksida, anda mungkin mengalami sedikit kerengsaan atau kekeringan kulit. Dalam kebanyakan kes, ia akan hilang apabila kulit anda sudah terbiasa dengan rawatan. Jika tidak, kami mengesyorkan agar anda berjumpa pakar dermatologi anda. Pelembap bukan komedogenik (yang tidak akan menyumbat liang pori anda) adalah cara yang berkesan untuk membantu mengurangkan kekeringan yang mungkin berlaku. Untuk membantu menangani masalah kulit kering dan iritasi, lihat rangkaian pelembap kami.

Bolehkah saya menggunakan gel rawatan sahaja atau saya perlu menggunakan produk lain pada masa yang sama?

Jika anda menggunakan produk rawatan dengan bahan aktif seperti benzoil peroksida, penting untuk anda menggunakan pembersih dan pelembap yang berkualiti. Pastikan anda amalkan rutin penjagaan wajah - membersih, merawat dan melembap pada waktu pagi dan malam secara konsisten. Ini dapat membantu mendapat kesan yang lebih baik.

Berapa kerap saya perlu skrub?

Skrub/mengelupas merupakan rutin penting untuk mengatasi masalah akne . Oleh itu, kami mengesyorkan anda merawat kulit anda dengan lembut dan pastikan hanya skrub maksimum dua kali seminggu. Jika ia dilakukan dengan kerap, ia boleh mengakibatkan kerengsaan dan keradangan kulit. Dapatkan semua fakta tentang skrub dalam artikel kami Perlukah Saya Skrub Jika Saya Mengalami Masalah Akne?

Perlukah saya memakai pelembap jika kulit saya berminyak?

Gunakan pelembap setiap hari, pada waktu pagi dan malam. Benzoil peroksida akan mengeringkan kulit anda – walaupun kulit anda berminyak. Cara terbaik untuk mengatasinya adalah dengan menggunakan pelembap bukan komedogenik setiap hari. Jika anda baru sahaja memulakan rawatan benzoil peroksida, amalkan penggunaan pelembap. Untuk membantu memerangi kulit berminyak, Lihat rangkaian pelembap kami.

Apakah perbezaan antara akne dan jerawat?

Jerawat biasanya dilihat sebagai bintik yang akhirnya akan menghilang; akne merujuk kepada keradangan yang sering berlaku dan biasanya ia memerlukan bantuan (dan masa) untuk hilang. Namun, tahukah anda jerawat hanyalah sejenis akne? Sebenarnya terdapat enam jenis akne, yang boleh anda baca dalam artikel kami Akne dan Jerawat: Kenali Perbezaannya.

Bagaimana cara menghilangkan akne dengan pantas?

Malangnya, akne tidak boleh hilang semalaman. Proses mengawal akne mengambil masa, walaupun ia hanya akne yang ringan. Jika anda mempunyai akne ringan atau sederhana, amalkan rutin penjagaan kulit anti-akne secepat mungkin. Jika anda mempunyai akne yang teruk atau anda tidak pasti apa yang sesuai untuk kulit anda, dapatkan nasihat dari pihak penjagaan kesihatan. Untuk gambaran menyeluruh mengenai akne dan cara merawatnya, lihat artikel kami 10 Fakta Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Akne.

Adakah akne akan muncul kembali selepas menggunakan Benzac?

Untuk mengelakkan akne daripada muncul kembali, anda perlu terus menggunakan pembersih, rawatan dan pelembap Benzac. Sapukan gel rawatan AC Benzac pada kulit anda untuk mengurang dan menghilangkan akne. Lakukan rutin harian pagi dan malam secara konsisten untuk mendapatkan kesan yang efektif.

Bolehkah benzoil peroxide menghilangkan parut akne?

Akne yang teruk boleh mengakibatkan parut, namun ia juga boleh disebabkan anda memicit akne anda atau menggosok/skrub secara berlebihan. Walaupun ianya menyeronokkan, jangan picit akne anda kerana ia akan meninggalkan parut. Apa yang anda boleh lakukan untuk mengelakkan parut akne adalah dengan merawat akne yang sedia ada dengan produk rawatan terapeutik, seperti gel rawatan AC Benzac kami. Jika anda mengalami akne yang teruk dan bimbang tentang parut, dapatkan nasihat perubatan daripada pihak penjagaan kesihatan.

Apa itu benzoil peroksida?

Benzoil peroxide adalah sejeni ubat yang digunakan untuk merawat akne ringan hingga sederhana. Ia meresap secara mendalam, membunuh bakteria akne yang tinggal di dalam liang pori.

Adakah rawatan yang mengandungi benzoil peroksida selamat untuk kulit anda?

Ya,rawatan akne yang mengandungi benzoil peroksida berkesan mengawal akne ringan. Namun, kerana sifatnya boleh menyebabkan kekeringan kulit, penting untuk menggunakan pembersih dan pelembap.

Adakah preskripsi diperlukan untuk mendapatkan produk Benzac?

Tidak, anda boleh membeli produk Benzac di kaunter.

Di mana saya boleh membeli Benzac?

Cari kedai berhampiran anda di halaman Mana nak beli Benzac.

Bagaimanakah cara untuk mengelakkan pakaian dan cadar saya rosak akibat benzoil peroksida?

Benzoyl peroksida boleh mengotorkan atau "melunturkan" kain anda. Oleh yang sedemikian, sentiasalah basuh tangan anda dengan bersih selepas menggunakan produk yang mengandungi benzoyl peroksida. Jika anda meninggalkan gel rawatan benzoil peroksida semalaman, anda mungkin boleh tidur dengan sarung bantal lama untuk mengelakkan cadar kesayangan anda. Baca lebih lanjut tentang perkara ini dalam artikel kami - Tip untuk Ibu Bapa.