Perlukah saya skrub jika ada akne?

Perlukah saya skrub jika ada akne?

Adakah anda skrub wajah anda sebagai rutin penjagaan kulit? Jika tidak, anda mungkin patut mulakannya. Okey, kami faham. Andainya kulit anda mudah terdedah kepada akne, anda mungkin perlu mengelakkan skrub wajah untuk tidak menjadikannya lebih teruk, kan? Tapi jika anda melakukannya dengan lembut dan betul, skrub adalah satu langkah penting dalam rutin penjagaan kulit anda menentang akne.

Di sini dijelaskan kenapa serta bagaimana untuk skrub dengan betul bagi memperbaiki keadaan kulit anda.

Skrub menghilangkan sel kulit mati

Apabila sel kulit lama mula terbentuk pada permukaan kulit anda, ia akan menjadi kusam, kasar dan kering. Sel-sel ini juga menghasilkan lebihan minyak dan liang pori mula tersumbat dan mengakibatkan keradangan dan akne. Dengan membuang sel-sel kulit mati ini secara lembut, anda membolehkan sel yang lebih sihat muncul ke permukaan dan berseri.

Ia juga menyerlahkan sel kulit baru

Sebaik saja sel kulit mati dibuang, anda membantu lapisan permukaan kulit menyerlahkan sel kulit baru. Peralihan sel-sel ini membolehkan produk melawan akne untuk menyerap lebih dalam agar ia lebih berkesan - secara ringkasnya anda mendapat manfaat sepenuhnya daripada rutin penjagaan kulit Benzac harian anda.

Ia membuat kulit anda rasa bersih dan lembut bila disentuh

Apabila anda menggunakan skrub wajah seperti Benzac’s Blackheads Facial Scrub, ia membersih kulit dengan mendalam dan membuka liang pori tanpa membuatnya tersumbat membuat wajah lebih licin dan lembut bila disentuh. Malah formulasi Benzac tidak mengandungi microbeads yang tidak elok - hanya Shea butter dan ekstrak beras semula jadi untuk menggosok kulit anda dengan lembut - di mana ia baik untuk alam sekitar dan kesihatan anda.

Bagaimana cara skrub kulit yang mudah terdedah pada akne

1. Menggunakan Benzac Blackheads Facial Scrub, gosok dengan putaran lembut dan kecil di seluruh wajah anda
2. Lakukan dengan lembut. Hanya sentuhan yang ringan. Seperti mengusap kelopak bunga dan bukannya menyental kekotoran di baju anda.
3. Bilas dengan air suam. (Air panas akan merengsakan kulit anda yang baru digosok)
4. Lap wajah anda untuk mengeringkannya dan sapu Benzac Microbiome Equaliser Lotion.

Jangan lupa untuk melembap

Sangat penting untuk melembap selepas skrub wajah. Gunakan Benzac Microbiome Equaliser kerana ia menghidrat, memelihara, melicin dan melembutkan kulit. Mengekalkan pH kulit untuk membantu menggalakkan keseimbangan mikrobioma dan mencegah bintik-bintik.

Sebelum tidur adalah lebih baik

selain daripada rutin anda yang biasa, kami mencadangkan untuk menggosok muka pada waktu malam, memandangkan menggosok muka boleh menyebabkan kita lebih mudah terdedah kepada kerosakan daripada cahaya matahari. Bukan sahaja melindungi daripada cahaya matahari langsung dan tidak langsung, menyental kulit pada waktu malam juga memberi kulit kita rehat dan masa untuk menyerap ubat acne anda yang lain.

Mereka yang berkulit kusam dan berminyak mungkin lebih memilih untuk melakukannya pada waktu pagi untuk memberikan kesegaran kepada kulit sepanjang hari itu.

Jangan berlebihan!

Menggosok muka tidak lebih dari dua kali seminggu. Jika kulit anda menjadi merah atau mula mengelupas dan menyerpih, tiba masanya untuk berhenti. Jika anda berlebihan dalam menggosok muka, anda sebenarnya sedang menyingkirkan lebih daripada sekadar bintik hitam. Sel-sel kulit sihat juga akan ikut tergosok bersama, sehingga menyebabkan kerengsaan dan kemerahan- dan lebih lanjut menyebabkan lebih jerawat yang pastinya anda tidak mahu.

Anda juga akan mendapati bahawa anda boleh menggosok muka lebih kerap pada bulan lembap, panas dan kurang kerap pada musim sejuk bila kulit kita pada umumnya lebih kering dan lebih mudah terengsa.

Ingat, setiap orang mempunyai jenis kulit yang berbeza. Memandangkan kerja menggosok muka adalah untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati, jadi penting untuk memberi perhatian kepada reaksi kulit anda dan menyesuaikan rutin anda dengan sewajarnya. Seperti biasa, kami cadangkan anda untuk berunding dengan pakar kesihatan profesional jika anda memerlukan maklumat lanjut.