Cara Menghentikan Kitaran Akne dengan Benzac

Cara Menghentikan Kitaran Akne

Anda telah mencuba pelbagai rawatan dan produk untuk menghentikan akne dari muncul kembali, namun ianya masih tidak berkesan. Penting untuk mempunyai kenal pasti terdapat cela pada kulit wajah anda. Namun bagi penghidap akne, ia bukan sekadar masalah kulit. Masalah kulit ini akan menjejaskan keyakinan diri dan anda bimbang jika orang sekeliling mula merenung kulit anda.

Kami fahami masalah anda. Kami tahu anda mahu menghentikan kemunculan akne buat selamanya. Mujurlah, dalam kesukaran anda merawat akne, ia adalah tidak mustahil terutama bila anda mendapatkan nasihat dari pakar.

Dengan Benzac, kami tidak gemar dengan rawatan yang pantas. Kami membantu anda untuk menghentikan akne (dan semua yang berkaitan) dengan menyediakan rangkaian produk rawatan akne terapeutik yang boleh percayai.

Bagi menghentikan akne buat selamanya - terdapat tiga tip yang anda boleh amalkan mulai hari ini.

1. Bahan-bahan yang sesuai

Jangan bazirkan masa (dan wang) anda dengan produk akne yang tidak berkesan - benzoil peroksida adalah bahan yang anda patut cari. Ia membantu menanggalkan lapisan kulit mati yang membuatkan pori-pori anda tersumbat sekali gus membunuh bakteria punca akne.

Benzoyl peroxide merupakan bahan aktif dalam gel rawatan. Ia dapat membunuh bakteria1,2 punca akne. Ia juga dapat mengurangkan keradangan dan membuka sekatan liang-liang pori. Jadi anda akan lebih yakin yang anda telah mengambil langkah tepat untuk memerangi akne.

2. Rutin penjagaan kulit yang konsisten

Ini tidak boleh dirunding. Kami telah mencipta terapi yang menggabungkan rawatan akne dengan tiga langkah mudah rutin penjagaan kulit iaitu membersih, merawat dan melembapkan. Produk ini direka secara menyeluruh untuk merawat akne dan memastikan kulit sentiasa bersih, dirawat dan terhidrat dengan sempurna.

Untuk hasil yang terbaik, anda perlu melakukan rutin ini setiap pagi dan malam. Mengapa? Ini disebabkan kulit anda terdedah kepada perkara yang berbeza pada waktu siang berbanding ketika anda tidur pada waktu malam. Contohnya, anda mungkin akan memakai mekap di siang hari, bersukan atau menggunakan telefon bimbit (yang terdedah dengan bakteria dan kuman - percayalah).

Antara faktor lain yang perlu anda pertimbangkan dalam merawat masalah akne adalah perlindungan matahari. Jika tidak menggunakan pelindung matahari dan mengambil langkah perlindungan terhadap sinaran matahari, ia boleh mengakibatkan kerengsaan dan keradangan kulit. Oleh itu, pastikan anda melindungi kulit anda dengan pelindung matahari yang baik, ringan, tidak melekit dan dibuat untuk kulit yang mudah berminyak.

Anda perlu melakukan rutin yang sama pada waktu malam. Ini adalah untuk memastikan kulit wajah anda 'dibersihkan dengan menyeluruh' setelah seharian terdedah dengan kotoran, cahaya matahari ataupun faktor persekitaran yang lain.

3. Masa

Kami tahu ini adalah perkara terakhir yang anda ingin dengar, tapi rawatan akne tidak akan berlaku dalam sekelip mata, dan juga bukan dengan sekali guna sahaja. Rawatan yang konsisten perlu dan ia mungkin mengambil masa selama lapan, sepuluh, dua belas minggu atau lebih untuk melihat hasilnya.

Kami mohon supaya anda bersabar. Mulakan dengan tiga langkah rutin penjagaan kulit kami secara konsisten - setiap pagi dan malam. Setiap Hari tanpa henti!

Jika anda mengamalkannya, anda akan menghentikan kitaran akne kerana anda sebetulnya sedang merawat punca utama akne dengan penggunaan bahan yang tepat serta rutin yang betul.

Ingat bahawa tubuh manusia mempunyai fungsi tersendiri. Walaupun mungkin agak mengecewakan untuk menunggu keputusan, namun dengan konsistensi dan kesabaran anda, ini dapat menjanjikan kulit yang lebih bersih serta akan lebih berkeyakinan dalam jangka masa yang panjang.

Sabar.

 

(1) R Jackson, Laporan no. 88 - 0740-74 Jun 1989. Dibiayai oleh Owen/Allercreme. Boleh didapati daripada Galderma Australia Ph. 1800 800 765. (2) Mills OH et al. Int. J. Dermatol. 1986;12(25):664-667.