Mitos akne yang dibongkar

Apabila akne dikaitkan dengan begitu banyak informasi dan maklumat yang mengelirukan, maka sukar untuk mengetahui apa yang perlu dipercayai dan memahami punca akne.
Sebagai pakar akne, izinkan kami membantu anda mengurangkan kekeliruan dan menangani beberapa mitos akne yang paling biasa didengari.
Mitos # 1: Melembapkan muka punca akne
Pelembap yang diformulasikan untuk kulit berminyak dan tidak komedogenik (iaitu, ia tidak menyekat liang pori) dapat membantu mengawal kuantiti minyak berlebihan yang boleh menyebabkan bakteria.
Lagi tentang pelembap? Kulit yang nyah-hidrat menggalakkan pengeluaran lebih banyak minyak yang menyekat liang pori daripada kulit yang sihat dan terhidrat. Ini bermakna anda harus mengekalkan tahap kelembapan – cuma pastikan pelembap yang anda gunakan sesuai dengan jenis kulit anda.
Benzac Microbiome Equaliser Lotion adalah produk yang tepat untuk memastikan kulit terhidrat dan terkawal.
Mitos # 2: Ubat gigi menghilangkan jerawat
Tentu sekali, ubat gigi boleh mengeringkan akne. Tetapi ingat - ubat gigi tidak dibuat untuk kulit, jadi - jika anda menggunakannya, ia boleh menyebabkan kekeringan dan iritasi. Mungkin ia boleh (berpotensi) menghilangkan jerawat namun anda juga mungkin akan menjemput ruam merah.
Mitos # 3: Anda perlu membersih muka dua kali untuk membuang minyak berlebihan
Argh! Kesian kulit awak tu!Untuk menghilangkan minyak berlebihan, anda tidak perlu membersihkannya sehingga ia menjadi kering.Secara semula jadi, badan akan sentiasa menghasilkan minyak. Jadi jika anda terlalu menggunakan pembersih dan skrub secara berlebihan, anda mungkin akan menghadapi kerengsaan kulit.
Mitos # 4: Akne tidak berkaitan dengan keluarga
Ya, ia berkaitan. Kajian telah membuktikan bahawa kemungkinan untuk mendapat tinggi jika ibu bapa atau adik beradik pernah mengalaminya, jadi ia adalah genetik.
Mitos # 5: Memicit jerawat untuk menghilangkannya
Tidak. Dan tidak sama sekali. Memicit jerawat boleh mengakibatkan bakteria menyerap lebih jauh ke dalam liang pori. Ia juga boleh meninggalkan parut. Jangan picit jerawat. Walaupun rasa puas hati bila memicitnya. Jangan lakukannya. Gunakan benzoil peroksida dan percaya pada kemampuannya.
Mitos # 6: Akne disebabkan kulit kotor
Hentikan membersih secara berlebihan (lihat Mitos 3). Bakteria yang menyebabkan akne (propionibacterium akne atau ‘p. akne) yang memang sudah ada pada kulit anda. Bakteria ini hidup dengan makan lebihan minyak. Dengan rutin pembersihan sebanyak dua kali sehari, ia akan membantu mengelakkan pengeluaran minyak berlebihan dan sel kulit mati. Apabila P. acnes terperangkap dalam liang pori, akne akan muncul, waktu inilah anda perlu mula merawat ia dengan benzoil peroksida.
Mitos # 7: Elak memakai mekap jika anda mempunyai akne
Ini sungguh kejam sama seperti mitos tentang makan coklat boleh menyebabkan akne. Anda boleh memakai mekap untuk menutup akne anda, namun anda perlu memilih produk yang sesuai untuk kulit berminyak dan mudah mendapat akne. Selepas melembapkan kulit, pilih alat solek berasaskan air dan sapukan dengan lembut (dan jangan terlalu banyak!).
Seperti yang kita semua tahu, ilmu sangat penting. Jangan dengar nasihat sesiapa tentang akne. Ini kerana akne terjadi dengan sebab. Dapatkan penerangan penuh tentang punca sebenar akne daripada yang pakar.