Tip ibu bapa dengan anak remaja yang mudah mendapat akne

Jika anda merupakan ibu bapa yang melihat anak remaja anda bergelut dengan masalah akne, kami fahami apa yang anda lalui. Untuk pelajari cara sokongan yang tepat serta memastikan mereka mendapat nasihat yang betul bukan mudah. Terdapat banyak maklumat salah dan mengelirukan. Di Benzac, misi kami adalah untuk memperkasakan ibu bapa dengan fakta supaya mereka boleh membantu anak remaja mereka membuat pilihan yang tepat.
Anda dan anak remaja anda tidak bersendirian! Kami di Benzac sedia membantu.
Ambil serius masalah akne
Kita semua sedar yang penampilan adalah penting bagi para remaja. Dalam melalui fasa di mana mereka bergelut dengan keyakinan diri, mereka terpaksa pula berhadapan dengan masalah akne. Kita semua pernah melalu fasa itu. Lebih baik jika mencari cara menghilangkan akne tanpa berlengah. Membiarkan tanpa dirawat boleh menyebabkan akne jadi lebih teruk dan akan meninggalkan parut. Pastikan anak remaja anda tahu yang anda ada di sisi mereka mencari solusi.
Menggalakkan amalan rutin penjagaan kulit
Kita tahu bahawa kebanyakan anak remaja tidak suka ditegur ibu bapa mereka. Mereka mungkin fikir anda tidak mempunyai pengetahuan dalam masalah ini, namun berikan mereka dorongan dengan berhemah tentang kepentingan rutin penjagaan harian. Jika anda berikan penjelasan yang mudah dan tidak merumitkan berkenaan cara menghilangkan akne dengan menggunakan pembersih wajah dan rawatan yang betul, pasti mereka akan menurutinya.
Bekerjasama dan membantu mereka dengan memastikan mereka menjalankan rutin membersih, merawat dan melembapkan wajah. Beri sokongan dan terangkan bahawa penjagaan kulit yang baik perlu dilakukan pada setiap waktu pagi dan malam. Tinggalkan produk ini di dalam bilik mandi supaya mereka sentiasa ingat mengenainya setiap kali terlihat di bilik mandi.
Tetapi, janganlah membebel kerana ini boleh menaikan kemarahan. Sesekali, berilah peringatan kepada mereka - itu sudah memadai!
Terangkan bagaimana ianya berfungsi
Remaja merupakan golongan muda dewasa yang bijak dan memberikan mereka pengetahuan dan maklumat yang tepat adalah kunci kejayaan mereka. Dengan penerangan mengenai bagaimana Benzac berfungsi, ini dapat memotivasikan mereka untuk terus mengamalkan rutin penjagaan kulit mereka.
Penting bagi anda dan anak anda untuk saling memahami tentang perkara yang dibincangkan bersama. Mereka suka jika anda benar-benar mendengar dan memahami mereka, dan sentiasa di sisi mereka.
Bersabar dengan rutin rawatan akne
Menghentikan kitaran akne ini adalah satu komitmen bukan bebanan. Benzac membantu dengan 3 langkah mudah yang direka bagi memudahkan tugas anak anda. Tapi ingat, apabila mereka mula menggunakan Benzac, ia mungkin mengambil masa sehingga 8-12 minggu untuk lihat hasil yang benar-benar meyakinkan mereka.
Rawatan akne direka untuk membersihkan kulit yang ada bakteria dan bermasalah. Disebabkan inilah, ia mungkin akan kelihatan lebih teruk sebelum menjadi lebih baik- biasanya dalam dua minggu pertama. Jangan putus asa kerana ia adalah petanda anda berada di trek yang betul untuk menangani punca utama akne.
Bagaimana mengelakkan ia meluntur
Gel rawatan akne mengandungi benzoil peroksida yang mungkin boleh melunturkan warna kain cadar, tuala dan pakaian. Berikut ada beberapa langkah untuk mengelakkan kerosakan pada baju atau sarung bantal kesayangan anda.
• Gunakan tuala, cadar dan sarung bantal putih
• Pakai pakaian putih ketika di katil
• Gunakan fabrik kalis kotoran
• Basuh secara berasingan
Cuba kurangkan tekanan
Kajian telah membuktikan bahawa tekanan boleh menyebabkan rasa marah. Anda perlu berusaha untuk pastikan anak remaja anda berasa tenang . Antaranya ialah dengan memastikan mereka mendapat makanan yang sihat, udara yang segar, bersenam serta mengamalkan tidur yang teratur.
Bersikap positif - akne bukan salah anak anda
Pelbagai mitos mengenai punca akne di kalangan remaja, dan ini boleh mengelirukan dan membuat mereka merasakan seperti merekalah yang patut dipersalahkan. Yakinkan anak anda bahawa itu bukanlah salah mereka – bukan kerana mereka kotor atau makan terlalu banyak makanan berminyak. Faktor genetik mengenai akne seringkali dipandang ringan. Sebenarnya jika kedua ibu bapa pernah mempunyai masalah akne, anak-anak juga akan lebih cenderung mendapat akne1. Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa tidak semua ahli keluarga akan mengalami masalah akne yang sama.
Kongsikan pengalaman anda dan yakinkan mereka bahawa akne tidak kekal selama-lamanya; terutama jika mereka mengamalkan rutin rawatan yang betul.