10 Fakta Anda Perlu Tahu Tentang Akne

10 Fakta Anda Perlu Tahu Tentang Akne

Kita memang sayang teman dan keluarga kita (selalunya begitulah kan) namun berapa banyak kali mereka pernah membuat komen seperti..

• Kulit awak nampak teruk hari ni..
• Awak makan banyak makanan ringan ya?
• Mekap akan buat liang pori kulit awak tersumbat...
• Kulit awak nampak berminyak
• Kulit awak agak kering...
• Awak basuh tak muka awak ni?
• Berhenti picit jerawat awak tu!"

Eww! Dengan komen sebegini, patutlah setiap kali jerawat timbul kita rasa kita yang bersalah. Lain kali jika ini berlaku, jangan salahkan diri lagi sebab ada banyak perkara yang anda perlu tahu tentang akne.

1. Henti salahkan diri sendiri!

Akne bukan salah anda. Diulangi: Akne bukan salah anda!

Namun sebenarnya sembilan dari sepuluh puncanya bukanlah disebabkan oleh "tindakan" yang kita. Akne adalah penyakit keradangan yang dialami oleh hampir semua orang pada sesuatu ketika, terutamanya apabila anda sedang melalui tempoh akil baligh.

2. Anda tidak bersendirian

Ketika anda melayari laman Instagram, mungkin anda merasa yang anda seorang saja yang ada masalah kulit, tapi usah terpedaya. Akne adalah masalah biasa dan lebih daripada 85% remaja akan mengalami masalah akne. Malah, 1Lorde, Lili Reinhart dan Jade Tuncdoruk juga telah berkongsi masalah kulit mereka di media sosial. Oleh itu lain kali, apabila anda melihat cermin, ketahuilah bahawa anda tidak keseorangan.

3. Bakteria punca acne

Hormon anda menggalakkan pengeluaran minyak  
Folikel rambut mempunyai kelenjar kecil (dipanggil kelenjar sebum) yang menghasilkan minyak semula jadi (dipanggil sebum). Jika kelenjar ini sensitif, maka hormon anda (dikenali sebagai androgen) akan menyebabkan kita penghasilan sebum yang berlebihan (digelar minyak tambahan).  
Sel kulit mati  
Bila sel kulit mati di sekeliling folikel mati, (mereka tak hidup selamanya) dan bercampur dengan minyak berlebihan, campuran ini akan bergumpal dan terperangkap di dalam liang pori anda dan mula tersumbat.  
Bakteria masuk 
Sebaik sahaja minyak dan sel-sel kulit mati terkumpul di dalam liang pori anda, ini mewujudkan persekitaran yang sempurna untuk bakteria tertentu dihasilkan. Bakteria akne (Propionibakterium atau P. Acnes, bagi mereka yang minat sains) mula berkembang dan akan membiak sehingga liang pori membengkak, bertukar merah dan dalam keadaan tertentu, nanah (ia sebenarnya sel darah putih) akan timbul dan tersembur dari kulit.  

Ew.

4. Tidak semua jerawat itu sama

Bila jerawat tumbuh, penting untuk kita tahu jenis jerawat yang sedang anda hadapi. Di sini ada beberapa jenis perbezaan akne dan jerawat yang biasa berlaku.

Akne ringan
Akne jenis ringan berlaku bila terdapat sedikit keradangan pada kulit, tapi bintik putih (liang pori tertutup) dan/atau bintik hitam (liang pori yang tersumbat terbuka jelas dilihat) akan timbul
Akne sederhana
Akne dikatakan sebagai sederhana jika anda mempunyai bintik putih, bintik hitam dan keradangan jerawat yang kemerahan (dikenali sebagai papula) atau bintik merah yang timbul (dikenali sebagai pustula).
Akne teruk
Akne yang teruk adalah gabungan mana-mana di atas, tapi anda juga akan mendapati ada akne sista yang tersembunyi di bawah kulit. Jerawat tersembunyi ini boleh menjadi besar, menyakitkan dan menyebabkan kemerahan yang teruk pada permukaan kulit

5. Semua akne boleh dirawat

Berita baiknya adalah, akne boleh dirawat. Untuk akne yang ringan dan sederhana, rawatan paling berkesan ialah mengamalkan rutin penjagaan kulit terapeutik termasuk membersih, merawat dan melembap. Adalah penting untuk produk rawatan anda mengandungi bahan utama yang mampu melawan akne, seperti benzoil peroksida. Bahan ini benar-benar berkesan apabila untuk melawan akne.

Apabila menggunakan gel rawatan, benzoyl peroxide akan berusaha keras untuk menyerap masuk ke dalam liang pori dan membunuh bakteria yang tersembunyi di bawah kulit dan mencegah jerawat baru daripada tumbuh. Ia juga membantu menghilangkan sel atas kulit mati, sekaligus menghalang liang pori daripada tersumbat.

6. Tapi tidak semua rawatan untuk akne itu sama

Jika akne anda jenis yang teruk, produk di kaunter tidak cukup kuat untuk merawat kulit anda. Cara terbaik adalah bertemu doktor atau pakar dermatologi untuk memilih jenis rawatan yang paling sesuai.

7. Sesetengah rawatan untuk akne boleh mengeringkan kulit sebelum ia menjadi lebih baik

Apabila anda menggunakan benzoil peroksida, ada kemungkinan kulit anda akan mengalami tempoh penyesuaian. Anda mungkin mengalami kerengsaan (kekeringan dan kemerahan), tapi jangan risau, jika itu berlaku, anda boleh cuba menggunakan rawatan untuk akne selang hari atau beralih kepada rawatan yang lebih ringan dahulu sebelum beralih ke rawatan yang lebih kuat.

Langkah penting yang lain untuk mencegah kekeringan adalah dengan pastikan anda pakai pelembap selepas rawatan - pagi dan malam. Sentiasa pilih pelembap yang tidak akan menutup liang pori anda seperti Benzac Microbiome Equaliser Lotion.

8. Memicit jerawat akan lebih memburukkan keadaan

Tiada yang lebih melegakan daripada memicit jerawat yang baru tumbuh. Tak percaya? Ada sebabnya mengapa Dr. Pimple Popper mempunyai lebih dari lima juta pengikut di saluran YouTubenya. Tapi sebelum anda meneruskan niat untuk memicit jerawat anda, berhenti! Ia hanya akan memudaratkan anda. Bila anda memicit jerawat, anda akan menyebarkan bakteria ke bahagian lain di wajah anda dengan mudah. Jadi biarkan saja produk penjagaan kulit anda merawatnya. Namun jika jerawat anda tidak terkawal lagi, pergilah bertemu pakar dermatologi dan minta bantuan mereka merawat kulit anda.

9. SPF itu penting

Kita semua tahu apa terjadi jika kita terlalu lama terdedah kepada cahaya matahari tanpa memakai skrin pelindung matahari namun kita ada sebab kenapa ini harus dielakkan. Apabila menggunakan produk yang mengandungii benzoyl peroksida, kulit anda menjadi lebih sensitif dan mudah terbakar. Kulit yang terbakar memang buat kita rasa tak selesa malah ditambah dengan akne, menyebabkan kulit berparut dan lebih kering malah mengelupas. Di waktu pagi, selepas membersih dan merawat, gunakan pelembap Benzac Microbiome Equaliser Lotion.

10. Akne tak akan hilang semalaman

Akne tidak muncul dalam sekelip mata, malah ia adalah proses perlahan yang bermula selama beberapa minggu di bawah kulit. Oleh kerana itu, ia juga tidak akan hilang dalam sekelip mata. Produk rawatan dengan benzoil peroksida adalah sangat berkesan untuk menghilangkan jerawat yang tidak diingini, tapi anda perlu bersabar dan konsisten. Ia akan mengambil masa beberapa minggu untuk anda melihat hasilnya. Memang rasa tak sabar mengecewakan, tetapi komitedlah untuk berusaha menentang jerawat anda.

Seperti yang anda lihat. anda tidak mendapat akne kerana "apa yang anda lakukan". Akne adalah masalah biasa yang hampir semua mengalaminya. Maka setiap kali jerawat tumbuh, jangan salahkan diri! Ketahui fakta tentangnya dan amalkan rutin penjagaan kulit untuk merawat dan mencegah.

 

(1) Ayer J, Burrows N. Acne: more than skin deep. Postgraduate medical journal. 2006 Aug 1;82(970):500-6