Benzac AC 5% Gel
Gel 5% adalah langkah kedua dalam rutin rawatan jerawat kami, serupa dengan 2.5% dan mengandungi dua kali ganda jumlah Benzoyl Peroxide. Ini adalah alternatif yang lebih kuat untuk merawat jerawat.
Formulasi ini mengandungi manik-manik Acrylates Copolymer yang dirumus dengan gliserin untuk menyerap sebum sambil melembapkan kulit.
Sentiasa baca label. Ikuti arahan penggunaan. Sekiranya simptom berterusan, sila dapatkan nasihat dari pakar dermatologi atau pakar perubatan.
MAL19984074XRZ
Available in
15 g
60 g
Manfaat
- Membunuh bakteria P.Acnes yang bertanggungjawab untuk jerawat
- Membersihkan liang pori, jerawat putih dan bintik hitam
- Teknologi Acrylates Copolymer menyerap sebum dan melembapkan kulit semasa rawatan.
Kegunaan
Sebagai langkah kedua dalam rutin jerawat, gunakan gel rawatan jerawat Benzac AC 2.5% pada kawasan yang terjejas sahaja. Pastikan anda membersihkan muka anda dengan pembersih terlebih dahulu sebelum mengeringkannya. Kemudian, sapukan lapisan nipis gel – sekali atau dua kali sehari. Biarkan ia diserap, kemudian sapukan pelembap ringan.
Jika anda merasa sebarang ketidakselesaan pada kulit, kurangkan kekerapan penggunaan, atau hentikan penggunaan sementara, atau hentikan penggunaan sepenuhnya. Sekiranya keadaan anda tidak berubah baik,sila berjumpa pakar dermatologi atau pakar perubatan.
Bahan-Bahan
Active: Benzoyl Peroxide 50 mg/g. Inactives: Docusate Sodium, Disodium Edetate, Poloxamer 182, Carbomer 940, Propylene Glycol, Acrylates Copolymer, Glycerol silicon colloidal anhydrous, Sodium Hydroxide, Purified Water.

