Punca Akne

Akne boleh menyebabkan emosi anda tidak stabil. Lebih dahsyat lagi, terdapat banyak mitos mengenai punca akne yang bukan sahaja mengelirukan, tapi boleh menyebabkan kelewatan untuk merawat punca sebenar. (Contohnya, pernahkah anda diberitahu bahawa makan coklat boleh menyebabkan akne? Jangan risau - ia tidak benar!)
Jadi, apakah punca sebenar akne? Sebab utamanya adalah bakteria dan bukan coklat, ataupun kulit kotor.
Bakteria mainkan peranan bersama tiga punca lain yang menyebabkan akne: pengeluaran minyak berlebihan (sebum), folikel rambut (disebabkan minyak berlebihan dan kulit mati) dan juga hormon.
Beginilah cara bagaimana ia berlaku:
Apabila kulit anda menghasilkan lebihan minyak (yang boleh disebabkan oleh perubahan hormon semasa zaman remaja), sebum boleh menyebabkan liang-liang pori anda tersumbat. Liang-liang pori tersumbat atau komedon, merupakan tempat pembiakan sejenis bakteria yang dikenali sebagai P. Akne. Bakteria ini kemudian menyebabkan iritasi. Sel darah putih akan terus ke bahagian beriritasi ini. Apabila folikel rambut yang tersumbat menjadi terlalu penuh, ia mula mengeluarkan bakteria yang banyak ke sekitar kulit. Dan apabila lebih banyak sel darah putih berkumpul ke bahagian ini dan... selamat datang, akne.
Pendek kata: jika anda melawan bakteria, anda juga membantu menangani masalah akne.
Cara melawan akne dengan bijak
Tahukah anda terdapat enam jenis akne yang berbeza: bintik hitam, bintik putih, papula, pustula, nodul dan sista. Di sebalik empat jenis akne yang terakhir, penyebab akne radang adalah berpunca daripada bakteria P. akne seperti yang disebut di atas. Benzoil peroksida adalah salah satu bahan terpenting untuk menangani akne. Jika ia disapukan pada akne ringan hingga sederhana, ia akan meresap jauh ke dalam kulit dan membunuh bakteria punca akne ini. Dengan ini, anda telah menghilangkan masalah keradangan.
Benzoil peroksida juga membantu membersihkan liang-liang pori anda daripada tersumbat. Lambat laun ia akan menghentikan jerawat dan bintik merah timbul semula dengan menghapuskan bakteria punca akne.
Benzoil peroksida adalah salah satu rawatan akne yang paling berkesan tanpa perlu ke pusat kecantikan dan rawatan kulit.
Kulit kering dan pengelupasan adalah kesan sampingan biasa produk benzoil peroksida, namun, formula benzoil peroksida dalam Benzac telah dibuat dengan teknologi AC (kopolimer akrilat) Benzac. Teknologi ini membantu mengurangkan kulit kering dan kerengsaan, serta dapat mengurangkan minyak semula jadi kulit.
Tiga cara mudah untuk kulit yang lebih sihat: membersih, merawat dan melembapkan.
Pembersih muka dengan manfaat tambahan ekstrak aloe vera dan bunga calendula dapat membantu merawat kulit, membuka liang-liang pori yang tersumbat dan mengawal kuantiti minyak di kulit.
Benzac dapat membunuh bakteria punca akne 1,2, dan ia membantu mengurangkan keradangan kulit, serta membuka liang pori yang tersumbat. Terima kasih kepada teknologi AC Benzac yang dapat merawat masalah ini dan sekali gus mampu memelihara kulit wajah.
Pelembap Benzac memastikan kulit anda terpelihara, sambil membantu wajah anda kelihatan berseri dan bersih.
Ini hanyalah sepintas lalu tentang cara Benzac membantu membersihkan kulit anda daripada bakteria yang tidak diingini dan minyak berlebihan.
Dengan memahami punca masalah akne - bakteria – anda boleh meminimumkan akne dan kesannya kepada anda.
(1) Data Galderma pada Fail. R Jackson, Laporan no. 88 - 0740-74 Jun 1989. Dibiayai oleh Owen/Allercreme. (2) Mills OH et al. Int. J. Dermatol. 1986;12(25):664-667