Benzac AC 2.5% Gel
Gel rawatan jerawat Benzac yang lebih ringan, diformulasikan untuk bertindak dengan lembut pada kulit dalam usaha anda melawan jerawat. Gunakan pada tanda pertama jerawat – formulasi Benzac membunuh bakteria penyebab jerawat.
Formulasi ini mengandungi manik-manik Acrylates Copolymer yang diformulasikan dengan gliserin untuk menyerap minyak berlebihan sambil melembapkan kulit.
Sentiasa membaca label. Ikuti arahan penggunaan. Sekiranya gejala berterusan, sila dapatkan nasihat dari pakar dermatologi atau pakar perubatan.
MAL19984075XRZ
- Membunuh bakteria P.Acnes yang bertanggungjawab untuk jerawat
- Membersihkan liang pori, jerawat putih dan bintik hitam
- Teknologi Acrylates Copolymer menyerap sebum dan melembapkan kulit semasa rawatan.
Sebagai langkah kedua dalam rutin jerawat, gunakan gel rawatan jerawat Benzac AC 2.5% pada kawasan yang terjejas sahaja. Pastikan anda membersihkan muka anda dengan pembersih terlebih dahulu sebelum mengeringkannya. Kemudian, sapukan lapisan nipis gel – sekali atau dua kali sehari. Biarkan ia diserap, kemudian sapukan pelembap ringan.
Jika anda merasa sebarang ketidakselesaan pada kulit, kurangkan kekerapan penggunaan, atau hentikan penggunaan sementara, atau hentikan penggunaan sepenuhnya. Sekiranya keadaan anda tidak berubah baik,sila berjumpa pakar dermatologi atau pakar perubatan.
Active: Benzoyl Peroxide 25 mg/g. Inactives: Docusate Sodium, Disodium Edetate, Poloxamer 182, Carbomer 940, Propylene Glycol, Acrylates Copolymer, Glycerol (Glycerin), Silicon Dioxide, Sodium Hydroxide, Purified Water.

