Terma dan Syarat
Terima kasih kerana melayari laman web ini. Sila baca Terma dan Syarat yang terkandung dalam dokumen ini dengan teliti kerana sebarang penggunaan laman web ini merupakan penerimaan anda terhadap Terma dan Syarat yang dinyatakan.
Sepanjang anda menavigasi laman ini, istilah "kami", "kita", "Galderma" dan "Galderma Group" merujuk kepada Galderma Malaysia Sdn Bhd dan mana-mana syarikat gabungannya yang berada dalam konteks yang sama. Istilah “Anda” merujuk kepada sesiapa orang yang mengakses dan/atau menggunakan laman web ini.
Maklumat Laman Web
Laman web ini bertujuan menyalurkan informasi dan maklumat sahaja. Ia bukanlah bertindak sebagai pengganti penasihat perubatan atau pun pengganti cadangan daripada pihak profesional. Maklumat ini tidak seharusnya digunakan untuk merawat penyakit tanpa nasihat daripada pihak penjagaan kesihatan yang berkelayakan.
Galderma tidak mengesahkan ketepatan sebarang rawatan, ubat-ubatan atau produk bukan Galderma yang diterangkan, disebut atau dibincangkan dalam mana-mana perkhidmatan, pangkalan data atau halaman yang boleh diakses di dalam laman web ini atau pun dari mana-mana laman Galderma yang lain. Selain itu, Galderma tidak membuat sebarang pernyataan mengenai keberkesanan, kesesuaian mana-mana produk atau atau sesuatu rawatan. Sebelum bertindak terhadap sebarang maklumat yang terkandung di laman Web, anda seharusnya berunding dengan pihak penjagaan kesihatan anda terlebih dahulu bagi menentukan sama ada maklumat yang anda ada adalah sesuai untuk digunakan. Galderma tidak terlibat dalam memberikan nasihat atau perkhidmatan perubatan.
Memandangkan kemungkinan terdapatnya kesilapan manusia atau kemajuan dalam ilmu perubatan - Galderma, penajanya, kakitangannya mahupun pihak lain yang terlibat dalam menyediakan perkhidmatan, pangkalan data atau halaman yang boleh diakses di dalam atau dari laman web ini atau mana-mana perkhidmatan atau penerbitan Galderma yang lain menjamin bahawa maklumat yang terkandung di dalamnya adalah tepat atau lengkap dalam setiap aspek dan mereka tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan atau kesan yang berkemungkinan ditemui dalam maklumat tersebut. Anda digalakkan untuk merujuk kepada sumber lain dan mendapatkan pengesahan maklumat yang terkandung dalam mana-mana perkhidmatan, pangkalan data atau halaman yang boleh diakses di dalam laman web ini atau mana-mana perkhidmatan atau penerbitan Galderma yang lain.
Notis Privasi Laman Web
Sebarang maklumat atau material peribadi yang dihantar ke laman web ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan dalam Notis Privasi yang terdapat di laman web ini.
Ketepatan, kesempurnaan dan maklumat semasa
Jika terdapat maklumat di laman web ini yang tidak tepat atau lengkap, kami tidak bertanggung jawab. Anda bersetuju bahawa adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mengetahui sebarang perubahan pada bahan dan maklumat yang terkandung di laman web ini. Sebarang kebergantungan pada bahan di laman web ini adalah atas risiko anda sendiri.
Transmisi
Sebarang komunikasi bukan peribadi atau material bukan peribadi yang anda hantar ke laman web ini sama ada melalui mel elektronik atau sebaliknya - seperti data, soalan, komen, cadangan dan seumpamanya dianggap sebagai tidak sulit dan bukan hak milik. Sebarang hantaran atau siaran menjadi hak milik Kumpulan Galderma dan boleh digunakan bagi sebarang tujuan, termasuk pengeluaran semula, pendedahan, penghantaran, penerbitan, dan penyiaran. Tambahan lagi, Kumpulan Galderma bebas untuk menggunakannya bagi tujuan apa sekalipun (termasuk bagi tujuan pembangunan, pembuatan, pengiklanan dan pemasaran produk). Sebarang idea, karya seni, rekaan, pembangunan, cadangan atau konsep yang terkandung dalam sebarang komunikasi yang anda hantar ke laman web ini adalah tanpa pampasan. Dengan menyerahkan maklumat, ianya juga satu pernyataan bahawa anda memiliki bahan/kandungan yang diserahkan, dan ia tidak akan membawa fitnah dan, Kumpulan Galderma tidak akan melanggar mana-mana hak pihak ketiga atau akan menjadikan mereka pihak yang melanggar undang-undang yang terpakai. Kumpulan Nestlé tiada kewajipan untuk menggunakan maklumat yang diberikan.
Hak Harta Intelek
Semua hak cipta, tanda dagangan dan hak harta intelek lain yang terkandung dalam semua teks, imej dan bahan lain di laman web ini adalah hak milik Kumpulan Nestlé atau dimasukkan atas keizinan pemiliknya.
Anda dibenarkan untuk melayari laman web ini dan menerbitkan semula dengan cara mencetak, memuat turun ke cakera keras atau untuk dengan mengedarkan kepada individu lain. Ini dibenarkan berlaku dengan syarat anda mengekalkan semua hak cipta dan notis hak milik yang lain serta mengekalkan notis tanda dagangan ada pada waktu pengeluaran semula tersebut. Pengeluaran semula ini tidak boleh dijual atau diedarkan untuk mendapatkan keuntungan komersial dan tidak boleh diubah suai atau digabungkan dalam mana-mana karya, penerbitan atau laman web lain.
® Reg. Tanda dagangan. Hak cipta terpelihara.
Tanda dagangan, logo, karakter dan tanda perkhidmatan (secara kolektif adalah "Tanda Dagangan") yang dipaparkan di laman web ini adalah milik Galderma Malaysia Sdn Bhd atau sekutunya, iaitu sebahagian daripada Kumpulan Galderma atau pemilik lesennya. Tiada kandungan di laman web ini ditafsirkan sebagai pemberian lesen atau hak untuk menggunakan mana-mana Tanda Dagangan yang dipaparkan di laman web ini. Penggunaan/penyalahgunaan anda terhadap Tanda Dagangan yang dipaparkan di tapak web ini, kecuali seperti yang diperuntukkan dalam Terma dan Syarat , adalah dilarang sama sekali. Kumpulan Galderma akan menguatkuasakan hak harta intelek dengan sepenuhnya mengikut saluran undang-undang.
Pautan ke laman web lain
Pautan yang ada pada lada web Kumpulan Galderma mungkin akan membawa anda keluar daripada rangkaian dan sistem Kumpulan Galderma. Kumpulan Galderma tidak bertanggungjawab ke atas kandungan, ketepatan atau fungsi laman web pihak ketiga. Pautan disediakan adalah dengan tujuan yang baik dan Kumpulan Galderma tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk sebarang perubahan seterusnya dalam laman web pihak ketiga. Kami amat mengesyorkan agar anda mengambil langkah berwaspada dan membaca dengan teliti notis undang-undang dan dasar privasi semua laman web lain yang anda layari.
Waranti dan Penafian
Penggunaan laman web ini adalah atas risiko anda sendiri.
Waranti
Laman web ini disediakan untuk anda atas dasar "Seadanya" dan "Seperti Seadanya" dan oleh yang demikian, Kumpulan Galderma tidak memberikan sebarang jaminan, sama ada ianya jelas, tersirat, berkanun atau sebaliknya (termasuk jaminan dagangan yang tersirat atau kualiti yang memuaskan dan ketetapan untuk tujuan tertentu) termasuk juga waranti atau pernyataan material di laman web ini adalah lengkap, sahih, boleh dipercayai, tepat pada masanya dan tidak melanggar undang-undang pihak ketiga, serta akses ke laman web ini tidak akan terganggu dan ia tanpa ralat atau bebas daripada virus, dan laman web ini selamat, dan apa-apa nasihat atau pendapat yang diperolehi daripada Kumpulan Galderma melalui laman web ini adalah tepat dan boleh dipercayai dan apa-apa pernyataan atau waranti terhadapnya adalah dengan sewajarnya dinafikan.
Harap maklum bahawa dalam sesetengah bidang kuasa mungkin tidak membenarkan pengecualian waranti tersirat, jadi sesetengah pengecualian mungkin tidak melibatkan anda. Sila semak undang-undang tempatan negara anda.
Kami berhak untuk menyekat, menggantung atau menamatkan tanpa notis, akses anda ke laman web ini atau mana-mana ciri di dalam laman web atau mana-mana bahagian pada bila-bila masa.
Liabiliti
Kumpulan Galderma dan/atau mana-mana pihak lain yang terlibat dalam mencipta, mengeluarkan atau menyediakan laman web ini bagi pihak kami, tidak menanggung apa-apa liabiliti atau tanggungjawab secara langsung, sampingan, isu berbangkit, secara tidak langsung, khusus, atau tindakan punitif, kos, kerugian atau liabiliti apapun dan walau dengan cara apapun yang berbangkit daripada akses anda ke, menggunakan, tidak boleh menggunakan, perubahan dalam kandungan laman web atau mana-mana laman web lain yang anda akses daripada pautan di laman web ini atau yang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai, dari mana-mana tindakan yang kami ambil atau gagal ambil, hasil daripada mesej mel elektronik yang anda hantar kepada kami.
Kumpulan Galderma dan/atau mana-mana pihak lain yang terlibat dalam penciptaan, pengeluaran atau penyediaan laman web ini tidak akan bertanggungjawab untuk mengekalkan material dan perkhidmatan yang disediakan di laman web ini atau menawarkan sebarang pembetulan, kemas kini atau keluaran yang berkaitan dengannya. Sebarang bahan di laman web ini tertakluk kepada perubahan tanpa notis.
Seterusnya, Kumpulan Galderma tidak menanggung sebarang liabiliti atau mana-mana tanggungjawab untuk apa-apa kerugian yang dialami disebabkan virus yang mungkin menjangkiti peralatan komputer anda atau harta benda lain ketika anda menggunakan, mengakses atau memuat turun sebarang bahan dari laman web ini. Jika anda memilih untuk memuat turun bahan dari laman web ini, ia adalah atas risiko anda sendiri.
Sebagaimana terkandung dalam undang-undang terpakai, semua tuntutan terhadap Kumpulan Galderma, pegawai, pengarah, pekerja, pembekal dan pengaturcara yang mungkin timbul daripada penggunaan atau akses anda ke laman web ini diketepikan.
Aktiviti Larangan
Anda dilarang daripada melakukan apa-apa perkara atas budi bicara Kumpulan Galderma sepenuhnya yang dianggap tidak sesuai dan/atau tindakan yang tidak mengikut undang-undang atau menyalahi mana-mana undang-undang yang terpakai ke atas laman web ini termasuklah namun tidak tertakluk kepada:
1. Apa sahaja perbuatan yang boleh menjadi pelanggaran privasi (termasuk memuat naik maklumat peribadi tanpa kebenaran individu berkenaan) atau mana-mana hak undang-undang individu yang lain;
2. Menggunakan laman web ini untuk memfitnah Kumpulan Galderma, pekerjanya atau individu lain atau bertindak dalam sesuatu cara yang boleh mencemarkan nama baik Kumpulan Galderma;
3. Memuat naik fail yang mengandungi virus yang boleh mengakibatkan kerosakan pada harta Kumpulan Galderma atau pada harta individu lain; dan
4. Menyiarkan atau menghantar apa-apa bahan yang tidak dibenarkan termasuklah tapi tidak tertakluk kepada bahan yang pada pendapat kami boleh menimbulkan kebimbangan, kemudaratan, kepada atau terhadap sistem Kumpulan Nestlé atau pihak ketiga atau keselamatan rangkaian, memfitnah, perkauman, bahan lucah, ancaman, atau apa-apa perkara yang didapati menyalahi undang-undang.
Bidang kuasa dan pentadbiran undang-undang
Kumpulan Galderma tidak membuat pernyataan bahawa maklumat di laman web ini sesuai atau boleh didapati di semua lokasi atau dalam semua bahasa.
Anda dan Kumpulan Galderma bersetuju bahawa sebarang kontroversi atau tuntutan yang timbul berkaitan dengan penggunaan laman web ini adalah dikawal oleh undang-undang Malaysia dan diserahkan kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia.
Notis undang-undang dikemas kini.
Kami berhak untuk membuat sebarang perubahan dan pembetulan pada notis ini. Sila rujuk halaman ini dari masa ke semasa untuk semakan maklumat tambahan baharu.
Hak Cipta © 2022 Galderma Malaysia Sdn Bhd