Cara Menjaga Kulit Anda: Tip untuk Remaja

Cara Menjaga Kulit Anda

Akne remaja: walaupun ia mungkin agak biasa semasa membesar, masalah kulit semasa remaja boleh jadi pengalaman yang mengerikan. Tetapi penting untuk anda ingat - apabila alami masalah kulit, anda tidak bersendirian. Malah, 85% remaja mengalami masalah akne pada peringkat umur tertentu1. Ia boleh muncul di muka dan leher anda, atau bahagian tubuh lain yang lebih besar seperti belakang dan dada anda.

Kami sedar perkara ini akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan boleh menjejaskan keyakinan diri anda. Usah putus asa - ada penyelesaiannya! Rutin penjagaan kulit yang konsisten adalah kunci utama jika anda ingin mengatasinya.

Jika anda tertanya-tanya bagaimana nak mula, bertemu pakar akne adalah satu permulaan yang tepat. Di Benzac, kami berdedikasi untuk mencipta serta menyediakan produk yang sesuai untuk merawat akne. Jadi, anda berada di tempat yang selamat!

Rangkaian formula terapeutik Benzac direka untuk membantu merawat punca akne. Ia dirumus secara saintifik dan membunuh bakteria punca akne2, 3. Pastikan Benzac ada di dalam rutin harian anda dan anda akan lihat hasilnya dari masa ke semasa.

Perkara yang perlu anda tahu jika ini adalah kali pertama anda menggunakan penjagaan kulit untuk membantu masalah akne.

Semuanya bermula dengan amalan yang sihat

Rutin harian yang mudah adalah permulaan yang baik untuk atasi masalah akne. Untuk pastikan ia berjaya, anda perlu membiasakan diri dengan membersih, merawat dan melembapkan kulit – sekurang-kurangnya dua kali sehari. Lakukan bila anda memberus gigi pada waktu pagi dan pada waktu malam. Untuk skrub pula - hanya amalkan dua kali seminggu.

Gunakan produk yang sesuai pada kulit anda

Setiap orang memiliki jenis kulit yang berbeza. Rangkaian Benzac ada untuk semua jenis kulit yang berjerawat atau berminyak. Ramai mendapati mereka temui pembersih wajah serta pelembap yang sesuai daripada rangkaian produk Benzac. Gel rawatan bertindak untuk merawat bintik-bintik pada wajah. Ia mengandungi benzoyl peroxide yang membuka liang pori tersumbat, menghapuskan bintik hitam dan bintik putih serta membunuh bakteria akne. Terdapat jenis gel rawatan yang berbeza yang bergantung pada keadaan anda kulit wajah anda.

Memakai mekap

Kita semua suka kelihatan cantik dan memakai solekan nipis. Pastikan anda menggunakan alat solek berasaskan air kerana ia tidak akan menyekat liang pori anda. Pakai mekap yang nipis saja selepas melembapkan kulit. Lakukannya dengan lembut supaya anda tidak merengsakan kulit.

Penting untuk anda membersih, merawat dan melembapkan kulit wajah anda sebelum tidur agar kulit anda dapat bernafas dan dirawat sepanjang malam.

Perkara yang perlu dihindari

Jangan picit jerawat anda. Memang ia menyeronokkan, namun ia sebenarnya boleh memburukkan lagi masalah yang sedia ada. Ia boleh mengakibatkan bakteria menyerap lebih jauh ke dalam kulit anda, menyebabkan kulit jadi merah dan berparut.

Tolong jangan sengaja mencukur jerawat anda. Ini akan lebih memburukkan lagi keadaan. Namun pencukur elektrik merupakan pilihan terbaik kerana ia lebih lembut pada kulit.

Jangan sesekali salahkan diri! Ia mungkin kerana genetik jika ibu atau ayah anda juga pernah mengalami masalah akne semasa mereka sebaya anda. Masalah kulit di kalangan remaja tidak kekal selama-lamanya. Jaga kulit anda dengan pemakanan yang sihat dan banyakkan minum air kosong. Amalkan bersenam dan pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi dan teruskan buat perkara yang menggembirakan anda.

 

(1) Ayer J. Burrows N. Acne: more than skin deep. Postgraduate medical journal. 2006 Aug 1;82(970):500-6. (2) R Jackson, Report no. 88 - 0740-74 June 1989. Funded by Owen/Allercreme. Available from Galderma Australia Ph. 1800 800 765. (3) Mills OH et al. Int. J. Dermatol. 1986;12(25):664-667