Akne dan jerawat: kenali perbezaannya

Akne dan Jerawat - Kenali Perbezaannya

Akne. Jerawat. Zit. Bintik. Terdapat banyak nama untuk keradangan ini (lagi satu nama untuknya), sehingga boleh mengelirukan. Satu perkara yang pasti adalah- akne bukan "sekadar jerawat".

Jadi apakah bezanya? Baiklah, jerawat biasanya dikenali sebagai pustul iaitu sejenis akne. Terdapat enam jenis akne, yang telah kita senaraikan berikut.

Bila merujuk kepada jerawat, mereka biasa melihatnya sebagai satu bintik tunggal atau banyak yang akan hilang selepas beberapa ketika. Sebaliknya, akne dilihat sebagai beberapa keradangan yang kerap berlaku dan perlu bantuan (dan masa) untuk hilang. Alne juga muncul dalam beberapa peringkat - dari ringan hingga teruk.

Apa itu akne?

Akne ialah keadaan kulit yang boleh menyebabkan jerawat (pustul), bintik merah (papul), bintik putih, bintik hitam dan sista pada muka dan badan.

Jerawat adalah disebabkan oleh liang pori tersumbat yang telah dijangkiti. Ini boleh berpunca dari minyak berlebihan dan P.acnes, sejenis bakteria. Kami mempunyai banyak maklumat tentang punca akne untuk mereka yang berminat untuk ketahui lebih lanjut.

Apakah jenis akne yang saya alami?

Akne dialami oleh lebih kurang 85% orang dewasa dan belia1. Anda tidak keseorangan.

Terdapat enam jenis jerawat2:

1. Bintik putih: Ini (dan bintik hitam) adalah akne berspektrum ringan. Bintik putih ialah sejenis akne yang bukan radang, bermakna ia tidak menyakitkan dan tidak membengkak. Mereka di bidang perubatan kadang kala merujuknya sebagai komedon tertutup. Ia kelihatan seperti tompok putih atau benjolan. Biasanya jerawat jenis ini tidak meninggalkan parut. 
2. Bintik hitam: Bintik kecil ini tidak dijangkiti, folikel tersumbat dikenali sebagai komedon terbuka. Dan ia bukanlah kotoran yang terperangkap - hanya bintik putih yang telah terbuka (fakta menarik: apabila bintik putih terdedah kepada udara berlaku pengoksidaan, dan ia menjadi lebih gelap)  
3. Papula: Kini kita beralih kepada bentuk keradangan, walaupun papula dan pustul masih dianggap sebagai jenis akne kecil hingga ringan. Papula adalah benjolan di bawah kulit. Pusatnya tidak kelihatan dan ia boleh menjadi merah, bengkak dan pedih.  
4. Pustul: Ia kelihatan seperti bintik putih yang lebih besar dan teruk. Malah, ramai sering keliru ianya adalah bintik putih. Bezanya, bintik putih ialah folikel rambut yang tersumbat manakal pustul dipenuhi dengan nanah akibat pengumpulan sel bakteria.  
5. Nodul: Jenis ini membawa kita dari peringkat sederhana ke lebih teruk. Nodul terbenam jauh ke dalam kulit dan pusatnya tidak kelihatan. Ia berlaku apabila liang pori yang tersumbat mencederakan tisu dan sel di bawah permukaan kulit tersebut. Ini boleh menyebabkan pigmentasi atau parut. 
6. Sista: Ia terbentuk lebih jauh ke dalam kulit berbanding nodul. Ianya lembut, merah dan lebih besar. Ia boleh menjadi merah atau putih dan dipenuhi dengan nanah. Biasanya ia menyakitkan dan perlu bantuan profesional untuk dirawat.

Apa yang boleh saya lakukan untuk akne?

Seperti yang anda lihat, terdapat beberapa jenis akne, jadi solusinya bergantung pada kulit anda. Benzoil peroksida adalah bahan yang disyorkan untuk melawan papula, pustul dan bintik putih. Bahan ini membunuh bakteria P.acnes yang menjadi punca utama timbulnya jerawat. Jika bintil-bintil kecil bintik hitam ini mengganggu anda, maka Benzac Blackheads Facial Scrub boleh membantu mengurangkan komedon yang terbuka ini.

Akne yang peringkatnya lebih sederhana hingga teruk seperti nodul dan sista perlukan nasihat dan rawatan profesional. Untuk mereka yang merasakan akne ini mengganggu kehidupan seharian mereka, anda mungkin mahukan nasihat daripada pakar penjagaan kesihatan tentang cara merawatnya.

Ia akan mengambil masa untuk mengawal akne, walaupun ia jenis yang ringan (lebih kurang 8-12 minggu) tapi jangan risau - yang penting ia oleh dikawal.

Kekal konsisten amat penting untuk melawan akne. Jadi jika anda menggunakan Benzac untuk papula dan pustul yang ringan hingga sederhana dan tompok anda telah hilang, itu tak bermakna anda harus henti menggunakan pembersih dan pelembap. Amalkan rutin ini - membersih, gel rawatan dan pelembap setiap pagi dan malam untuk kekal konsisten dan membantu dapatkan hasil yang lebih baik.

Untuk lebih banyak idea tentang cara menghadapi isu ini, layari tip untuk remaja menjaga kulit anda.

Akne yang tidak begitu teruk juga perlu mendapat rawatan profesional, jadi sila berjumpa pakar penjagaan kesihatan jika bintik hitam, bintik putih, papula atau pustul anda:

• teruk 
• menyakitkan
• tidak bertindak balas dengan produk rawatan yang di beli di kaunter
• berdarah dengan banyak 
• besar 
• menyebabkan emosi anda terganggu 
• mengeluarkan banyak nanah 
• berdekatan dengan mata dan bibir anda (atau bahagian yang sensitif)

Jadi inilah dia - jerawat adalah sejenis akne. Tapi apapun nama yang anda berikan kepada jerawat anda, ia boleh dihapuskan dan dihentikan daripada mengganggu kehidupan anda. Sekiranya anda berminat untuk membaca lebih banyak tentang bagaimana Benzac berfungsi untuk menghapuskan akne, lihat saja di sini.

 

(1) https://www.medicalnewstoday.com/articles/322322.php. (2) https://www.bioclarity.com/pages/what-type-of-acne-do-you-have and https://www.medicalnewstoday.com/articles/322322.php